Tuesday, August 24, 2010

Pendapat Tentang Learning Management System(LMS)

     Saya berpendapat bahawa LMS ini merupakan suatu pembaharuan dalam dunia pendidikan yang terbaru.
Melalui LMS pencapaian terhadap ilmu pendidikan dapat disebarkan dengan lebih pantas dan lebih efisien lagi. Hal ini kerana, para pelajar tidak perlu lagi pergi ke pusat-pusat tuisyen tertentu untu mencari ilmu, tetapi hanya perlu membuka laman-laman web LMS untuk mencari ilmu. Hal ini sangat mudah dan menjimatkan masa kerana para pelajar boleh mencari guru-guru pengajar pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, para pendidik pula bolehlah memuat naik soalan-soalan dan nota-nota tentang sesuatu pelajaran ke dalam laman web LMS untuk diakses oleh para penuntut.

      Oleh itu,saya berpendapat LMS merupakan suatu kemajuan yang sangat membantu dalam zaman berteknologi tinggi ini.

Monday, August 16, 2010

PERISIAN UTILITI

Apa itu Perisian?
Satu siri arahan yang memberitahu perkakasan bagaimana untuk melakukan kerja.

Apa itu perisian utiliti?
Perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan.Digunakan untuk menguruskan...
-Fail-fail
-Perkakasan Komputer

Kegunaan dan Contoh-contohnya:

1-MENYUSUN FAIL
-Untuk menyusun fail yang berselerak dalam komputer yang berlaku lazimnya kerana faktor kerap memuat turun data.


Contohnya:
Defragment Disk ,Norton Speed Disk

2-ANTIVIRUS
-Untuk menghapus atau membaiki virus yang terdapat pada komputer.

Contohnya:

AVG,Kaspersky Anti-virus, Norton Anti Virus.

3 -MEMAMPATKAN FAIL
-Untuk memampatkan fail yang besar menjadi lebih kecil supaya mudah untuk disimpan tanpa memakan ruang yang banyak.


Contohnya:

Winrar, Winzip

4 - MEMOTONG FAIL KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN
-Untuk memotong fail kepada beberapa bahagian.Lazimnya,suatu ketika dahulu fail yang tidak muat untuk dimasukkan ke dalam disket akan dipotong sedikit-sedikit.Kemudian,dicantum semula dengan menggunakan file merges.


Contohnya:
File Splitter, MP3 Splitter
 
5 - MERGE FAIL
-Untuk memulih dan mencantum file yang di split oleh perisian splitter.


Contohnya:
Bulk Merge File, Excel Merge File
 
6 - MENGIMBAS HARD DISK
-Untuk mengimbas hard disk daripada bad sektor.Jika kerosakan yang dialami kecil, maka perisian ini akan cuba memperbaikinya tetapi jika kerosakan hard disk besar,masih boleh dibaiki tetapi mengambil masa yang lama.


Norton Disk Doctor, Scan Disk

Pandangan Terhadap Isu Kelonggaran Pendidikan

Pada pendapat saya, isu kelonggaran pendidikan ialah melonggarkan sistem yang ketat yang diamalkan suatu ketika dahulu kepada sistem pendidikan yang lebih longgar.
Saya bersetuju dengan kelonggaran pendidikan ini contohnya sistem peperiksaan di Malaysia. Pada suatu masa dahulu, kita menggunakan peperiksaan Ujian Penilaian Tahap Satu untuk murid tahun 3 dan ujian ini telah dihapuskan. Kini, UPSR dan PMR pula bakal dihapuskan. Saya bersetuju dengan kelonggaran pendidikan ini kerana bukan peperiksaan yang menjadi kayu ukur kecemerlangan pelajar tetapi banyak lagi aspek. Jika peljar terlalu tertumpu pada peperiksaan, pembangunan insaniah yang lain seperti emosi, sosial, jasmani dan rohani tidk dapat digilap sebaiknya. Oleh itu saya bersetuju dengan isu kelonggaran pendidikan ini iaitu penghapusan UPSR dan SPM terutama sekali penghapusan UPSR kerana dalam usia kanak-kanak 7 hingga 12 tahun,pembangunan rohani serta penerapan akhlak mulia perlu diberi perhatian terlebih dahulu kerana sahsiah manusia tidak dapat diasah melalui peperiksaan bertulis.

Monday, August 9, 2010

Selamat Datang

Selamat datang.Selamat datang kepada diriku sendiri ke dunia blog.Akhirnya aku telah memiliki blogku sendiri dengan bantuan rakan-rakanku.Selamat berblogging.