Monday, September 27, 2010

Refleksi tentang proses pembelajaran teknologi maklumat.

Melalui pembelajaran teknologi maklumat bersama Encik Nik, saya telah dapat mempelajari banyak perkara. Pertama sekali, saya telah didedahkan tentang pembikinan blog. Saya akhirnya telah mempunyai blog saya sendiri.

Selain itu, saya juga telah didedahkan kepada Learning Management System (LMS) di mana perkara ini sangat penting kepada pendidik untuk mendidik dalam arus kemajuan dan arus ict ini. Laman-laman web seperti edu20 telah dapat mengajar saya untuk membuat sekolah sendiri.

Seterusnya, saya juga telah belajar untuk berfikir dengan lebih kritis dan kreatif kerana sepanjang pembelajaran dengan Encik Nik, beliau sering meminta pelajar-pelajar untuk membuat refleksi di akhir pembelajaran.