Saturday, February 26, 2011

Refleksi GSP

REFLEKSI

Saya telah menjalankan kerja kursus Matematik 1 bagi semester ini. Melalui kerja kursus ini, pelbagai perkara telah saya pelajari. Kerja kursus ini telah saya jalankan berpasangan dengan rakan sekelas saya iaitu Jenny.  Kerja kursus ini meminta kami untuk memahirkan diri dengan aplikasi yang diberi nama Geometer Sketch Pad. Jadi, pertama sekali sudah tentulah saya sudah dapat menggunakan aplikasi ini dengan baik melalui bimbingan Puan Rosmah, Puan Junita dan Puan Jong. Seterusnya, saya juga dapat mengenal semangat kerjasama dengan lebih mendalam lagi apabila dapat memberikan kerjasama yang terbaik kepada Jenny dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Masalah yang dapat saya kenal pasti sepanjang menyelesaikan kerja kursus ini ialah mencari masa yang sesuai untuk menyiapkan kerja kursus ini memandangkan pasangan kerja kursus saya berlainan jantina dengan saya. Oleh itu, kami mengambil langkah penyelesaian dengan berbincang untuk mencari masa yang paling sesuai untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Jadi, langkah yang kami ambil ialah adalah dengan membuat kerja kursus ini pada waktu petang yang tiada kuliah seperti hari khamis dan jumaat.
Setelah menyelesaikan kerja kursus ini, saya rasa sangat berbangga dan berpuas hati kerana telah dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan mudah tanpa sebarang kesulitan yang menyukarkan. Saya juga berasa sangat seronok kerana saya telah pandai menggunakan aplikasi Geometer Sketch Pad. Oleh itu, saya merasakan yang kerja kursus ini memang perlu diberikan kepada bakal-bakal guru seperti kami memandangkan kami akan mengajar generasi-generasi muda yang celik IT kelak.