Monday, August 16, 2010

Pandangan Terhadap Isu Kelonggaran Pendidikan

Pada pendapat saya, isu kelonggaran pendidikan ialah melonggarkan sistem yang ketat yang diamalkan suatu ketika dahulu kepada sistem pendidikan yang lebih longgar.
Saya bersetuju dengan kelonggaran pendidikan ini contohnya sistem peperiksaan di Malaysia. Pada suatu masa dahulu, kita menggunakan peperiksaan Ujian Penilaian Tahap Satu untuk murid tahun 3 dan ujian ini telah dihapuskan. Kini, UPSR dan PMR pula bakal dihapuskan. Saya bersetuju dengan kelonggaran pendidikan ini kerana bukan peperiksaan yang menjadi kayu ukur kecemerlangan pelajar tetapi banyak lagi aspek. Jika peljar terlalu tertumpu pada peperiksaan, pembangunan insaniah yang lain seperti emosi, sosial, jasmani dan rohani tidk dapat digilap sebaiknya. Oleh itu saya bersetuju dengan isu kelonggaran pendidikan ini iaitu penghapusan UPSR dan SPM terutama sekali penghapusan UPSR kerana dalam usia kanak-kanak 7 hingga 12 tahun,pembangunan rohani serta penerapan akhlak mulia perlu diberi perhatian terlebih dahulu kerana sahsiah manusia tidak dapat diasah melalui peperiksaan bertulis.

No comments:

Post a Comment