Monday, August 16, 2010

PERISIAN UTILITI

Apa itu Perisian?
Satu siri arahan yang memberitahu perkakasan bagaimana untuk melakukan kerja.

Apa itu perisian utiliti?
Perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan.Digunakan untuk menguruskan...
-Fail-fail
-Perkakasan Komputer

Kegunaan dan Contoh-contohnya:

1-MENYUSUN FAIL
-Untuk menyusun fail yang berselerak dalam komputer yang berlaku lazimnya kerana faktor kerap memuat turun data.


Contohnya:
Defragment Disk ,Norton Speed Disk

2-ANTIVIRUS
-Untuk menghapus atau membaiki virus yang terdapat pada komputer.

Contohnya:

AVG,Kaspersky Anti-virus, Norton Anti Virus.

3 -MEMAMPATKAN FAIL
-Untuk memampatkan fail yang besar menjadi lebih kecil supaya mudah untuk disimpan tanpa memakan ruang yang banyak.


Contohnya:

Winrar, Winzip

4 - MEMOTONG FAIL KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN
-Untuk memotong fail kepada beberapa bahagian.Lazimnya,suatu ketika dahulu fail yang tidak muat untuk dimasukkan ke dalam disket akan dipotong sedikit-sedikit.Kemudian,dicantum semula dengan menggunakan file merges.


Contohnya:
File Splitter, MP3 Splitter
 
5 - MERGE FAIL
-Untuk memulih dan mencantum file yang di split oleh perisian splitter.


Contohnya:
Bulk Merge File, Excel Merge File
 
6 - MENGIMBAS HARD DISK
-Untuk mengimbas hard disk daripada bad sektor.Jika kerosakan yang dialami kecil, maka perisian ini akan cuba memperbaikinya tetapi jika kerosakan hard disk besar,masih boleh dibaiki tetapi mengambil masa yang lama.


Norton Disk Doctor, Scan Disk

No comments:

Post a Comment